Kebanyakan pengguna peranti digital seperti komputer, laptop, tablet, surf dan smartphone tidak terlepas dari terkena 'jangkitan' dari aktiviti siber di dalam kehidupan seharian. Kurangnya sifat berhati-hati serta waspada apabila melayari internet atau memuat-turun aplikasi serta fail tertentu boleh menyebabkan situasi ini berlaku.
Apabila kita sedar bahawa telah tersilap klik pada butang download, advertisement pop-up dan sebagainya, lakukan perkara yang berikut:
1. Putuskan/Disconnect peranti anda dari rangkaian/network/internet secepat mungkin. Cabut kabel network, disable network atau letak pada flight mode
2. Hubungi IT support di organisasi anda dan maklumkan tentang hal ini dengan segera
2. Tutup browser atau stop aplikasi yang telah terdedah kepada internet sebentar tadi
3. Lakukan clear history/cache/file download pada peranti anda
4. Buka aplikasi antivirus, malware scanner dan sebagainya untuk scan serta menghapuskan ancaman samada untuk delete secara kekal atau kuarantin di dalam peti simpanan selamat (vault/chest)
5. Apabila selesai, cuba restart sekali lagi peranti / OS (Operating system) anda dan lakukan dalam safe mode
6. Buat sementara waktu, jangan lakukan apa-apa transaksi atas talian (online) dari peranti yang terlibat sehingga anda yakin peranti anda selamat.
7. Sentiasa perhatikan keadaan peranti anda jika terdapat apa-apa perubahan seperti ianya lembab dari biasa, terdapat aplikasi yang tidak berfungsi dengan betul atau keluar amaran yang pelik seperti BSOD - Blue Screen of Death dan sebagainya.
8. Jika ini berlaku, sila lakukan data backup pada peranti anda dan lakukan fresh install / repair OS daripada pihak yang bertauliah
Sekian sahaja untuk kali ini, semoga bermanfaat. Yang baik datangnya dari Allah SWT
No comments:
Post a Comment