Aktifkan local Windows 10 Administrator Account

Administrator account di dalam mana-mana sistem operasi adalah sangat penting kerana ia dapat melakukan sebarang jenis setup/install, konfigurasi serta kawalan ke atas komputer, laptop, server serta virtual machine atau VM.

Untuk OS Windows 10, secara tetapan/default, account ini tidak diaktifkan/disembunyikan apabila proses installasi OS dilakukan. Ini dilakukan atas faktor keselamatan ke atas peranti yang dilengkapi dengan OS terbabit kerana Administrator account boleh menjalankan apa sahaja bentuk arahan/perintah tanpa sebarang halangan termasuklah delete, modify pelbagai jenis setup, file malah registry yang akhirnya OS akan korup serta tidak berfungsi lagi. Akaun ini hanya perlu apabila anda ingin melakukan modifikasi, pengurusan sistem serta kenalpasti masalah pada sistem anda. 

Disaran juga anda setup password untuk akaun Administrator ini dengan siri katalaluan yang sukar agar tidak digunakan oleh pihak ketiga serta individu yang tidak bertanggungjawab. Akan tetapi di dalam persekitaran organisasi yang menggunakan sistem domain, akaun Administrator ini dikawal sepenuhnya dengan menggunakan AD server.


Caranya dengan buka Command Prompt yang dilaksanakan dengan arahan "run as administrator" seperti yang ditunjukkan di bawah.

CMD - Command Prompt screen


Taipkan arahan seperti berikut net user administrator (enter) 
Perhatikan pada baris Account active seperti ditunjukkan di bawah.

CMD - Account active = No

Di sini kita dapat lihat yang akaun Administrator tidak diaktifkan dalam sistem ini. 
Seterusnya taip arahan ini net user administrator /active:yes (enter) dan anda akan mendapat respon berjaya sepenuhnya.

Seterusnya ulangi arahan net user administrator (enter)
Perhatikan sekarang pada baris Account active, ia telah bertukar kepada "Yes" menunjukkan proses di atas selesai dengan jayanya seperti gambar di bawah.


CMD - Akaun bertukar menjadi active

Apabila selesai penggunaan akaun Administrator ini, anda boleh disable kembali dengan perintah berikut net user administrator /active:no (enter)

Sekian perkongsian kita untuk kali ini dan Inshaa Allah bertemu lagi di lain waktu. Yang baik datangnya dari Allah SWT

 



No comments:

Post a Comment

Komputer Laptop Server ICT Impact Printer Blog Laman

Tel / Whatsapp : 012-4201716 / 019-4889493 Komputer / ICT / Server Bermula dari :  RM 20 untuk selenggara pc, laptop, impact printer  RM 20 ...